Friday, June 6, 2008

MENGGEREK

Operasi menggerek adalah satu proses membesarkan lubang yang telah digerudi. Lubang yang telah digerudi biasanya tidak sepusat dan saiz lubang luga tidak begitu tepat. Ini berlaku kerana semasa menggerudi, mata gerudi kadangkala menyeleweng apabila menemui bintik-bintik keras (hard spots) dan lubang-lubang pasir (sand holes). Untuk menghasilkan satu lubang yang lebih persis, berlokasi sepusat dengan bahan kerja dan mempunyai penyudahan yang licin, lubang tersebut perlu digerek dan kemudian diulas kesaiz yang tepat. Berikut adalah langkah pengendalian operasi menggerek

  • Mata alat menggerek disetkan lebih tinggi sedikit dari paksi mesin ( 1mm hingga 2mm.
  • Batang penggerek disetkan selari dengan arah hantaran yang diberikan.
  • Pemilihan dan kadar hantaran bergantung pada saiz lubang, bahan yang hendak digerek, jenis bahan mata alat dan ketegaran persediaan operasi tersebut.
  • Teknik dan kaedah menggerek secara konvensional akan mengalami tekanan keatas mata alat menggerek yang boleh menyebabkan bahan kerja terangkat, oleh yang demikian laraskan panjang batang mata penggerek sependek mungkin.

No comments: