Saturday, June 7, 2008

Melarik Tirus

Tirusan boleh dikatakan sebagai perubahan seragam diameter bahan kerja diukur selari dengan paksinya. Gegasa tiorusan adalah satu amalan pasangan yang popular kerana dengan kaedah ini komponen-komponen yang tirus boleh dipasang dan diceraikan dengan cepat dan tepat. Kaedah tirusan ini boleh dilihat pada pemasangan alat-alat seperti gerudi, tetengah, pelulas dan lain-lain. Terdapat empat kaedah membuat penirusaan iaitu menggunakan mata alat yang dibentuk tirus, me ggunakan kekesot bergabung, mengofset alatan belakang dan menggunakan pesawat pelarik tirus. Berikut adalah salah satu prosedur membuat larikan tirusan dengan menggunakan kekesot bergabung :

  • Periksa lukisan dan dapatkan sudut tirusan yang perlu dipotong.
  • Longgarkan nat kunci pada kekesot bergabung.
  • Kilaskan kekesot bergabung kepada sudut tirusan yang perlu dipotong. Peringatan : kekesot bergabung hanya disetkan kepada separuh sudut kandungan tirusan.
  • Ketatkan nat pengunci kekesot kergabung. Berhati-hati semasa mengetatkan nat pengunci ini kecil dan mudah rosak jika kuasa berlebihan digunakan.
  • Set mata alat tepat pada tinggi paksi mesin.
  • Dengan menggerakkan kereta dan kekesot lintang, bawa mata alat dekat dengan bahan kerja.
  • Mula potongan tirusan dengan menggerakkan tuil penghantar skru kekesot bergabung.
  • Periksa sudut tirusan yang dipotong dan jika betul siapkan kepada saiz yang dikehendaki.


No comments: