Sunday, June 8, 2008

Peraut tegak

Mesin peraut tegak mempunyai ciri‑ciri yang hampir serupa dengan mesin gerudi. Meja dan spindalnya berada dikedudukan yang sama dan pemotong peraut dipasangkan pada spindal. Spindal boleh bergerak turun dan naik sementara meja boleh bergerak menegak, membujur dan melintang. Mesin peraut tegak digunakan untuk meraut muka , meraut susuk, menggerudi dan menggerek kerja‑kerja berbentuk ganjil.

Saturday, June 7, 2008

Menggerudi di Mesin Larik

Bahan kerja yang dipegang pada cuk atau yang telah dipasang pada plat permukaan boleh digerudi dengan cepat dan tepat. Mata gerudi yang bertangkai turus boleh dipegang pada cuk gerudi dan dipasang pada tirusan dalam spindal alatan belakang. Berikut adalah langkah-langkah kerja menggerudi dimesin pelarik :
  • Buat penjajaran supaya tetengah hidup dan tetengah mati selari dengan paksi mesin.
  • Pasang bahan kerja .yang telah ditampang pada cuk mesin.
  • Gerudi lubang permulaan dengan lubang pusat.
  • Pasang gerudi yang tepat pada cuk gerudi dan masukkannya kedalam lubang alatan belakang.
  • Hulurkan spindal alatan belakang tidak melebihi 25 mm dari badannya.
  • Bawa alatan belakang hampir dengan bahan kerja sehingga poin gerudi 6 mm dari bahan kerja.
  • Kunci tapak alatan belakang pada landasan mesin.
  • Pilih PPM yang sesuai berdasarkan saiz gerudi dan jenis bahan yang digerudi.
  • Hidupkan mesin dan putarkan tuil alatan belakang dengan perlahan, mulakan operasi menggerudi sehingga diameter penuh sahaja.

Melarik Tirus

Tirusan boleh dikatakan sebagai perubahan seragam diameter bahan kerja diukur selari dengan paksinya. Gegasa tiorusan adalah satu amalan pasangan yang popular kerana dengan kaedah ini komponen-komponen yang tirus boleh dipasang dan diceraikan dengan cepat dan tepat. Kaedah tirusan ini boleh dilihat pada pemasangan alat-alat seperti gerudi, tetengah, pelulas dan lain-lain. Terdapat empat kaedah membuat penirusaan iaitu menggunakan mata alat yang dibentuk tirus, me ggunakan kekesot bergabung, mengofset alatan belakang dan menggunakan pesawat pelarik tirus. Berikut adalah salah satu prosedur membuat larikan tirusan dengan menggunakan kekesot bergabung :

  • Periksa lukisan dan dapatkan sudut tirusan yang perlu dipotong.
  • Longgarkan nat kunci pada kekesot bergabung.
  • Kilaskan kekesot bergabung kepada sudut tirusan yang perlu dipotong. Peringatan : kekesot bergabung hanya disetkan kepada separuh sudut kandungan tirusan.
  • Ketatkan nat pengunci kekesot kergabung. Berhati-hati semasa mengetatkan nat pengunci ini kecil dan mudah rosak jika kuasa berlebihan digunakan.
  • Set mata alat tepat pada tinggi paksi mesin.
  • Dengan menggerakkan kereta dan kekesot lintang, bawa mata alat dekat dengan bahan kerja.
  • Mula potongan tirusan dengan menggerakkan tuil penghantar skru kekesot bergabung.
  • Periksa sudut tirusan yang dipotong dan jika betul siapkan kepada saiz yang dikehendaki.


Friday, June 6, 2008

MENGGEREK

Operasi menggerek adalah satu proses membesarkan lubang yang telah digerudi. Lubang yang telah digerudi biasanya tidak sepusat dan saiz lubang luga tidak begitu tepat. Ini berlaku kerana semasa menggerudi, mata gerudi kadangkala menyeleweng apabila menemui bintik-bintik keras (hard spots) dan lubang-lubang pasir (sand holes). Untuk menghasilkan satu lubang yang lebih persis, berlokasi sepusat dengan bahan kerja dan mempunyai penyudahan yang licin, lubang tersebut perlu digerek dan kemudian diulas kesaiz yang tepat. Berikut adalah langkah pengendalian operasi menggerek

  • Mata alat menggerek disetkan lebih tinggi sedikit dari paksi mesin ( 1mm hingga 2mm.
  • Batang penggerek disetkan selari dengan arah hantaran yang diberikan.
  • Pemilihan dan kadar hantaran bergantung pada saiz lubang, bahan yang hendak digerek, jenis bahan mata alat dan ketegaran persediaan operasi tersebut.
  • Teknik dan kaedah menggerek secara konvensional akan mengalami tekanan keatas mata alat menggerek yang boleh menyebabkan bahan kerja terangkat, oleh yang demikian laraskan panjang batang mata penggerek sependek mungkin.

Melorek/ Membunga

Melorek atau dalm perkataan lain adalah membunga merupakan satu proses pembentukan corak pada sebatang silinder. Terdapat dua corak bunga, iaitu bentuk intan dan bentuk lurus. Bunga bentuk intan dibentuk pada bahagian-bahagian yang memerlukan pegangan yang tetap (tidak licin). Contohnya pemegang alat-alat pengukur. Bentuk lurus biasanya digunakan untuk menambahkan diameter silinder, dimana satu gegasan tekan diperlukan. Berikut adalah prosedur membunga/melorek dimesin pelarik

Thursday, June 5, 2008

Mesin Pencanai Selinder.

Mesin pencanai selinder digunakan untuk mencanai komponen yang berbentuk selinder contohnya sebatang aci . Benda kerja dipegang antara cuk dan tetengah atau dipegang antara dua tetengah dan disuapkan ke roda pencanai yang berputar. Benda kerja diputarkan oleh satu motor. Bindu tiga rahang dan tetengah terletak di atas meja mesin yang boleh di gerakkan secara membujur dan menegak.

Mesin Pencanai Permukaan.

Mesin pencanai permukaan mempunyai satu roda pencanai berbentuk cakera yang di pasangkan pada arbor mesin. Meja mesin yang menempatkan benda kerja bergerak secara salingan di bawah roda canai. Meja mesin juga boleh di gerakkan secara melintang dan menegak. Pergerakan meja mesin boleh di lakukan secara manual atau automatik.